Isu Panas

Mukhriz sudah lali serangan peribadi

mukhriz b

YAN – Biarlah pemimpin Pas meneruskan taktik tidak sihat dengan menyerang peribadi dan pentadbirannya kerana ia memang sudah dijangkakan terutama ketika pilihan raya.

Pengerusi BN Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, perkara itu tidak menghairankan kerana mereka juga sebelum ini mengkritik dan memfitnah pemimpin sendiri, terutama bekas Menteri Besar, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga pesuruhjaya negeri.

Beliau berkata, jika sanggup menghentam pemimpin sendiri, sudah tentu mereka boleh melakukan lebih teruk kepada BN atau pihak lawan.

“Saya dah tak hairan dengan dakwaan atau tohmahan pihak lawan. Itulah cara mereka berpolitik.

“Saya tidak perlu mengikut rentak itu sebaliknya mengambil pendekatan lebih berhemah ketika berkempan dalam PRK Dun Sungai Limau ini,” katanya kepada media selepas menghadiri Program Kami Prihatin anjuran Yayasan Felda di Simpang Tiga Sungai Limau di sini petang tadi

Turut hadir Ahli Parlimen Jerai, Datuk Seri Jamil Khir Baharom yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan Pengerusi Yayasan Felda, Tan Sri Mohd Isa Samad.

Mukhriz yang juga Menteri Besar Kedah berkata, dalam tempoh tiga tahun lalu, Azizan sering menjadi bahan kritikan dari pelbagai lapisan pemimpin sendiri ketika memimpin pentadbiran negeri ini.

“Apa yang mereka tidak buat kepada Azizan. Dari sihat sehingga sakit, macam-macam tohmahan yang kita dengar.

“Penduduk Sungai Limau lebih tahu dan memahami perasaan Azizan. Kita simpati dengan apa yang berlaku kepadanya. Tanyalah penduduk di sini untuk tahu keadaan sebenar,” katanya.

Menurutnya, BN sebenarnya yang membantu dan membela Azizan untuk menangkis kritikan itu termasuk pada sidang Dun.

“Jadi biarlah pihak lawan meneruskan cara itu. Saya dah berjanji untuk melakukan cara berhemah dalam PRK ini dan sebagai menghormati Allahyarham yang menjadi wakil rakyat di kawasan ini sejak lima penggal lalu,” katanya.

Diminta menjelaskan bentuk tohmahan ke atas Azizan sama termasuk tindakan “tikam dari belakang”, Mukhriz hanya berkata “terpulanglah kepada tafsiran tuan-tuan sendiri. Semua orang boleh mengerti maksud itu”.

Sehubungan itu, penduduk Sungai Limau diminta merenung semula keadaan itu dan menilai parti atau calon yang mampu membela nasib mereka.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");