Berita Hari Ini

Naikkan tambang: LPKP panggil City Bus

joh wid

KOTA KINABALU – Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sabah akan memanggil pengendali syarikat bas henti-henti City Bus yang didapati menaikkan kadar tambang tanpa memaklumkan kepada lembaga itu.

Timbalan Pengerusinya, Mohd Joh Wid berkata, sekalipun kadar tambang yang dinaikkan masih dalam skop harga siling iaitu daripada 50 sen kepada RM1, operator bas sepatutnya mendapat persetujuan LPKP Sabah.

“Ketika syarikat berkenaan mula beroperasi, harga siling tambang yang diberikan ialah RM1 dan mereka bersetuju hanya mengenakan tambang sebanyak 50 sen.

“Bagaimanapun mereka kini bertindak sesuka hati menaikkan harga tambang kepada harga siling tanpa memaklumkan kepada LPKP terlebih dahulu,” katanya di dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Mohd Joh berkata, dakwaan syarikat itu mengalami kerugian hampir 70 peratus berikutan pemindahan sementara terminal bas di Kota Kinabalu juga tidak munasabah.

“Pertamanya mereka tidak menjalankan operasi penuh kerana mengikut pemantauan pegawai kami di lapangan, perkhidmatan City Bus ditamatkan pada 8 malam sedangkan mereka tahu semua kompleks membeli-belah tutup pada jam 10 malam.

“Selain itu, mereka juga pernah menerima peruntukan hampir RM700,000 daripada Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) bagi memperbaiki perkhidmatan mereka,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Joh berkata, LPKP Sabah tidak teragak-agak membuka ruang kepada syarikat lain untuk menjalankan operasi di bandar raya ini jika City Bus yang diberi monopoli, terus bertindak sesuka hati.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");