Berita Hari Ini

Najib rasmi perhimpunan agung PBB

NAJIB PBB

KUCHING – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di sini, hari ini untuk lawatan kerja singkat ke Sarawak.

Najib yang merupakan Pengerusi Barisan Nasional (BN) akan merasmikan perhimpunan agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) ke-13 di Borneo Convention Centre Kuching di sini, sebelum ke Kota Kinabalu, Sabah pada sebelah petang.

Ketibaan Najib dan isteri Datin Seri Rosmah Mansor di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching disambut oleh Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud yang juga Presiden PBB, serta isteri Puan Sri Ragad Kurdi Taib.

Kira-kira 5,000 anggota daripada 71 cawangan PBB hadir dalam perhimpunan kali ini. Abdul Taib kekal sebagai peneraju parti apabila menang tanpa dicabar selepas pencalonan ditutup pada 14 Oktober lepas.

Dua timbalan presiden iaitu Tan Sri Alfred Jabu (sayap Pesaka) dan Datuk Amar Abang Johari Tun Openg (sayap Bumiputera) juga menang tanpa dicabar, bersama-sama dua naib presiden kanan, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan (sayap Bumiputera) dan Datuk Amar Douglas Uggah Embas (sayap Pesaka).

Turut mengekalkan jawatan tanpa dicabar ialah Ketua Pemuda Datuk Fadillah Yusof dan Ketua Wanita Datuk Seri Empiang Jabu.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");