Berita Hari Ini

Naza Euro Sport sasar jual 900 Citroen tahun depan

image

BUKIT MERTAJAM – Pengedar tempatan bagi jenama Citroen, Naza Euro Motors Sdn Bhd, menyasarkan jualan 900 kereta jenama itu tahun depan berikutan pengenalan dua model baharunya.

Ketua Pegawai Operasinya, Datuk Samson Anand George berkata, dua model baharu itu, versi pemasangan tempatan (CKD) dengan satu daripadanya jenis kenderaan pelbagai guna (MPV), dijangka dijual pada harga yang lebih murah.

“Enam bulan pertama tahun ini kita berjaya menjual 100 kereta Citroen, dan kami yakin sehingga Disember kelak, sekurang-kurangnya 100 unit lagi kereta akan dijual.

“Kami percaya Citroen masih mempunyai permintaan tinggi di pasaran dan menerusi strategi yang betul, kami yakin jenama itu mampu mencapai tahap sebenarnya di pasaran,” katanya kepada pemberita selepas pembukaan bilik pameran 3S (servis, jualan dan alat ganti) Citroen di Auto City, Juru di sini, hari ini.

Bilik pameran bernilai RM2 juta seluas 6,000 kaki persegi itu, mempamerkan kenderaan Citroen dan akan menjadi pusat perkhidmatan untuk empat negeri wilayah utara iaitu Pulau Pinang, Kedah, Perak dan Perlis.

Naza Euro Motors yang dilantik menjadi pengedar rasmi untuk jenama Citroen di Malaysia pada Januari lepas melancarkan dua model baharunya DS5 dan DS4.

Samson Anand berkata, pihaknya memperuntukkan RM6 juta untuk membuka tiga lagi pusat 3S iaitu satu di Johor Bahru, Johor pada awal bulan hadapan dan dua lagi di Lembah Klang menjelang tahun depan.

“Pusat 3S di Johor Bahru akan menjadi pusat perkhidmatan bagi wilayah selatan dan mengikut perancangan bagi kawasan Lembah Klang, kita akan buka pusat 3S pada suku pertama tahun depan di Puchong dan sebuah lagi di Ampang untuk suku keduanya,” katanya.

Citroen kini mempunyai dua pusat 3S di Lembah Klang.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");