Jenayah

Nenek diperdaya dua lelaki

fbi_crime
KUALA KANGSAR – Hajat seorang warga emas yang mahu mengubahsuai rumahnya tidak kesampaian apabila dia kerugian hampir RM10,000 selepas ditipu dua lelaki yang menyamar sebagai kakitangan Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Kampung Padang Asam, di sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 2 petang, Sabtu lalu itu, dua lelaki yang menaiki sebuah kereta datang ke rumah wanita berkenaan dengan alasan mahu membaiki kerosakan teknikal.

Bagaimanapun, kedua-duanya melarikan wang tunai berjumlah RM3,000 dan barang kemas mangsa setelah berjaya memperdaya warga emas itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Deputi Superintendan Guan Beng Kang berkata, suspek pada mulanya berlagak mahu membaiki kerosakan di rumah warga emas itu sebelum meminta wanita berusia 74 tahun itu menanggalkan semua barang kemas dipakai bagi mengelak terkena renjatan elektrik ketika kerja-kerja pembaikan sedang dijalankan.

“Mangsa kemudiannya menanggalkan barang kemasnya dan mengumpulkannya dalam satu beg sebelum disimpan di dalam bilik. Beg itu diletakkan di bawah cadar katil.

“Seorang daripada suspek kemudian mengarahkan wanita itu pergi melihat rakannya yang sedang ‘bekerja’ di dapur. “Kemudian, mereka keluar dan mengatakan mahu membeli barang untuk membaiki suis rosak. Mangsa yang berasa tidak sedap hati masuk ke bilik untuk mencari begnya yang berisi barang kemas, namun gagal menemuinya,” katanya ketika ditemui, semalam.

Beng Kang berkata, berdasarkan soal siasat, mangsa percaya kemungkinan suspek mengambil beg tersebut ketika dia sedang berada di dapur.

Katanya, penjenayah kini mempunyai pelbagai taktik termasuk menyamar menjadi penjawat awam atau kakitangan agensi untuk memperdayakan mangsa.

“Jadi, jangan sewenangnya membenarkan mereka tidak dikenali masuk ke rumah terutama ketika bersendirian,” katanya.

Sementara itu, mangsa mengakui, kedua-dua lelaki berkenaan ada menunjukkan surat pengakuan sebagai kakitangan TNB, namun tidak dapat dilihatnya dengan jelas.

Katanya, mereka turut memeriksa meter elektrik di hadapan rumahnya sebelum masuk ke dalam kediaman itu untuk membaiki suis yang rosak di dalam bilik mandi.

“Kebetulan masa itu memang suis di dalam bilik air rumah saya rosak. Jadi, saya benarkan mereka untuk masuk dan baiki suis itu. Mereka ada tunjuk surat tapi sepintas lalu sahaja.

“Mereka juga ada kata mereka orang baik, bukan orang jahat dan datang nak tolong makcik’,” katanya.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");