Membawang Hari Ini

One Direction paling kaya!

oneKUMPULAN Pop yang berasal dari London, One Direction kini berada di kemuncak kejayaan karier mereka selepas diumumkan sebagai selebriti muda terkaya di bawah usia 30 tahun buat kali pertama.

One Direction yang dianggotai oleh Harry Styles, Zayn Malik, Liam Payne, Louis Tomlinson dan Niall Horan berjaya mengumpul kekayaan sebanyak USD59 juta (RM302 juta) sepanjang tahun lalu dan berjaya menewaskan nama-nama besar seperti aktor dari filem Harry Potter iaitu Daniel Radcliffe yang berada di tangga kedua sejak dari tahun 2010 dengan kekayaan USD56 juta (RM286 juta).

Selain Radcliffe, dua lagi bintang dari filem Harry Potter, Emma Watson dan Rupert Grint turut tersenarai antara 10 selebriti muda terkaya di British.

Kejayaan awal One Direction mula dilihat selepas single mereka What Makes You Beautiful berjaya berada di carta-carta muzik utama di Amerika Syarikat dan British diikuti dengan kejayaan album terbaru mereka berjudul Midnight Memories yang mula dilancarkan pada November 2012.

Antara bintang-bintang ternama yang turut tersenarai adalah DJ dan produser muzik, Calvin Harris, yang menerima bayaran tertinggi setiap kali mengadakan persembahan mengalahkan beberapa nama DJ terkenal seperti Tiesto, David Guetta dan Avicii.

Tidak terlepas juga beberapa nama besar yang lain seperti Adele, Kiera Knightley dan Robert Pattison. Sementara itu beberapa nama seperti Paulo Nutini, Jamie Bell, Natasha Bedingfield dan Sienna Miller antara nama yang terkeluar dari senarai terbaru ini.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");