Laporan Eksklusif

Operasi Masyair Selesai – Semua Jemaah Selamat Pulang Ke Maktab

PERAKTODAY4

Sehingga lewat petang semalam, kesemua 22,300 jemaah haji Malaysia sudah dibawa pulang ke maktab masing-masing di Makkah.

Ketua Rombongan Haji, Datuk Syed Saleh Syed Rahman, berkata selepas majlis solat Maghrib berjemaah di dewan solat petugas Abraj Janadiriyyah, secara rasminya operasi Masyair sudah selesai.

“Saya mengucapkan tahniah kepada semua petugas yang memainkan peranan Menyantuni Dhuyufurrahman,” katanya.

Beliau sangat menghargai komitmen dan kesungguhan para petugas yang berjaya melalui tempoh operasi selama empat hari.

Bermula dengan berwuquf di Arafah hingga selesai kesemua jemaah melontar di ketiga-tiga Jamrah awal Subuh tadi di mana para petugas telah menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

Syed Saleh seterusnya berpesan kepada para petugas untuk mengekalkan momentum prestasi yang cemerlang kerana tugas mereka masih belum lagi selesai.

“Esok, seawal jam 7 pagi masih ramai lagi jemaah yang belum selesai mengerjakan tawaf dan saei haji,” kata beliau untuk mengingatkan para petugas.

Para petugas turut dinasihatkan untuk bertugas dengan penuh disiplin demi menjaga nama baik Tabung Haji (TH) di kalangan para jemaah haji Malaysia.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");