Jenayah

Padah buat laporan palsu

laporan palsu

KULAIJAYA – Tindakan seorang pekerja stor yang mengaku disamun dan membuat laporan polis palsu akhirnya membawa padah apabila dia didenda RM500 oleh mahkamah majistret, di sini, semalam.

Pekerja berkenaan, Chong Lim Shu, 25, turut berdepan penjara selama tujuh hari sekiranya dia gagal menjelaskan denda yang dikenakan.

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan sengaja memberi maklumat palsu kepada seorang anggota polis di pejabat pertanyaan Balai Polis Kulai, pada jam lebih kurang 8.05 pagi, 8 Oktober lalu.

Keputusan itu dibuat Majistret, Ahmad Farid Ahmad Kamal, selepas mendapati tertuduh bersalah di atas pertuduhan di bawah Seksyen 182 Kanun Keseksaan.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai enam bulan atau denda hingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali, jika disabitkan kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Siti Asmah Zainal Ariffin, manakala tertuduh diwakili peguam, Chong Sai Oe.

Sai Oe dalam rayuannya memohon supaya pihak mahkamah memberikan hukuman ringan berikutan Lim Shu telah memberikan kerjasama dengan pihak berkaitan dan menyesal serta sedar dengan kesalahan yang dilakukan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");