Berita Hari Ini

Pantau harga di pasar utama

PANTAU HARGA

MUAR – Seramai 105 pegawai penguat kuasa Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) dan 66 ‘mata-mata’ di seluruh negeri akan ditugaskan untuk memantau harga di pasar utama sepanjang musim perayaan Deepavali.

Adun Gambir, M Asojan berkata, mereka akan berada di lokasi tumpuan orang ramai membeli belah bagi memastikan 14 barangan yang disenaraikan di bawah Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Deepavali 2013 dijual mengikut harga ditetapkan.

Menurutnya, antara barangan itu ialah ayam hidup; ayam standard; ayam super, daging kambing tempatan bertulang; daging kambing biri-biri bertulang; daging kambing biri-biri import tanpa tulang; dan daging peha kambing biri-biri import bertulang.

Begitu juga telur ayam gred A, B dan C; tomato; bawang merah kecil dari India; ubi kentang import China; dan kacang dhal import Australia.

“Semua barangan tersebut perlu diletakkan dengan tanda harga berwarna merah jambu bagi membezakan ia dengan barang lain,” katanya pada sidang media ketika merasmikan skim itu di Pasar Awam Muar semalam.

Beliau berkata, penguatkuasaan skim tersebut bermula 28 Oktober hingga 6 November ini.

Tegasnya, peniaga yang melanggar arahan itu akan didenda mengikut Akta Kawalan Harga dan Anti Pecatutan 2011 iaitu RM100,000 atau penjara tiga tahun atau keduanya atau dikompaun sehingga RM50,000.

“Bagi syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikompaun sehingga RM250,000.

“Sementara, individu yang melakukan kesalahan tidak meletakkan tanda harga barang terkawal boleh didenda RM10,000 atau dikompaun sehingga RM5,000 manakala bagi masyarakat didenda sehingga RM20,000 atau kompaun sehingga RM10,000,” katanya.

Beliau berharap pemborong dan peniaga tidak mengambil kesempatan menaikkan harga serta mematuhi arahan yang ditetapkan.

Asojan berkata, aduan mengenai peniaga yang tidak mematuhi undang-undang berhubung skim itu boleh disalurkan melalui e-mel ke [email protected], talian 03-80008000 (1Malaysia One Call Centre (1MOCC), talian bebas tol 10800-886-800.

“Selain itu juga boleh menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) ke 15888 dengan menaip KPDNKK ADUAN (butiran aduan) atau melaporkan di mana-mana pejabat PDNKK seluruh negeri,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");