Sukan Hari Ini

Pardew masih belum buat keputusan

pardew

BOS Newcastle United, Alan Pardew masih belum memutuskan sama ada pertahanan kentalnya, Fabricio Coloccini dan Steven Taylor akan diturunkan beraksi menentang Sunderland, malam ini.

Langkah ini kerana dua pemain berkenaan masih belum cergas sepenuhnya walaupun telah turun menjalani latihan bersama rakan sepasukan.

Jelasnya, Coloccini mengalami kecederaan dibahagikan paha dan Taylor pula hamstring ketika mewakili pasukan kebangsaan masing-masing.

“Taylor telah menjalani latihan begitu juga Colo tapi saya belum membuat keputusan sama ada menyenaraikan mereka berdua dalam aksi menentang Sunderland di tempat lawan malam ini.

“Kita perlu fikirkan secara mendalam sebelum melakukan sesuatu tindakan dan bimbang kecederaan sama berulang seandainya diturunkan beraksi dalam keadaan yang belum cergas sepenuhnya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");