Jenayah

Pasangan suami isteri mohon ibu bayi tampil

bayi ditinggalkan

KOTA TINGGI – Sepasang suami isteri memohon agar ibu kepada seorang bayi yang ditinggalkan sejak dua bulan lalu untuk tampil bagi membolehkan proses pendaftaran kelahiran di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Penjaga bayi terbabit, Hairul Annuar Misman, 38, berkata, dia dan isteri telah menjaga bayi terbabit ketika berusia tiga bulan di mana ketika itu, ibunya hanya meminta mereka menjaga buat sementara waktu.

Menurutnya, bagaimanapun, selepas beberapa minggu, ibu bayi terbabit yang sekadar meninggalkan buku laporan kesihatan tidak dapat dihubungi dan terus menghilang hingga kini.

“Wanita terbabit meminta kami menjaga bayi perempuan tersebut untuk tempoh sekejap sahaja. Kami yang masih belum dikurniakan anak terus bersetuju.

“Dua minggu pertama dia ada menghubungi kami, namun tidak lama selepas itu dia terus senyap dan menghilang. Malah kami sendiri telah cuba menghubunginya sehingga kini, namun gagal,” katanya semalam.

Hairul berkata, apa yang dibimbangkan adalah bayi terbabit kini sudah berusia lima bulan, namun masih belum didaftarkan di JPN dan tidak mempunyai surat beranak.
Katanya, dia bersama isteri pernah mencuba mendaftarkan kelahiran bayi tersebut, tetapi gagal.

“Kami tidak kisah dan tidak mempunyai halangan untuk menjaga bayi ini, malah kami juga sudah anggap seperti anak sendiri.

“Bagaimanapun, apa yang kami risaukan adalah mengenai pengenalan dirinya. Jika bayi ini tidak mendaftar kelahiran dengan JPN, kami khuatir tentang masa depannya.

“Malah tanpa pengenalan diri, pasti akan menyukarkan bayi tersebut hendak mendaftar sekolah dan sebagainya,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");