Berita Hari Ini

Pasar tani khas Aidiladha

TANI

KUALA TERENGGANU – Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) akan mengadakan pasar tani khas menjelang Hari Raya Aidiladha di enam lokasi terpilih pada Isnin ini, iaitu sehari sebelum tibanya hari raya korban.

Pengarah Fama negeri, Hasan Jusoh berkata, ia bagi memudahkan orang ramai untuk mendapatkan bekalan keperluan bagi hari raya terutama bahan mentah seperti daging, ayam dan ikan.

Menurutnya, pasar tani menjadi pilihan pengguna bagi mendapatkan bekalan barangan keperluan segar hasil daripada petani tempatan dan bagi memastikan bekalan terutama barangan keperluan utama mencukupi, peniaga juga telah diminta menambah bekalan berbanding hari biasa.

“Kami buka enam lokasi Pasar Tani khas Aidiladha iaitu di Pasar Tani Mega Padang Hiliran di Kuala Terengganu, Kerteh dan Cukai (Kemaman), Jertih (Besut), Kuala Berang (Hulu Terengganu) dan Bukit Payong, Marang.

“Peniaga juga diminta menambah bekalan terutama daging, ayam dan ikan dan juga bahan-bahan mentah lain supaya bekalan mencukupi untuk keperluan pengguna,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, seorang peniaga daging di Pasar Tani Mega Padang Hiliran, Mohd Ashimi A Rahman, 48, berkata, sempena hari raya tidak lama lagi, bekalan daging akan ditambah daripada biasa.

“Biasanya keperluan daging lembu untuk raya adalah bertambah daripada biasa. Sebab itu saya akan menyediakan empat ekor lembu untuk dijual sehari sebelum raya, Isnin ini berbanding hari biasa hanya satu hingga dua ekor sahaja.

“Harga yang dijual adalah sama seperti semasa Syawal lalu, iaitu harga daging dan limpa serta hati dijual dengan harga RM23 sekilogram. Manakala tulang, RM18 dan perut serta daging cincang RM10,” katanya.

Menurut penternak lembu ini, dia juga turut membekalkan enam ekor lembu untuk dikorbankan pada hari raya nanti.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");