Sukan Hari Ini

PBSNT umum ketua jurulatih baru esok

abdul rahman pkns

TEKA-TEKI siapa bakal mengemudi pasukan Terengganu musim depan, bakal terjawab apabila Persatuan Bola Sepak Terengganu (PBSNT) akan mengumumkan ketua jurulatih baharu skuad Penyu pada satu majlis perjanjian persefahaman yang dijadualkan berlangsung pada jam 11 pagi esok.

Sebelum ini, desas-desus di kalangan peminat mengatakan ketua jurulatih Selangor PKNS, Abdul Rahman akan mengambil alih tugas pengendali Terengganu musim ini, E Elavarasan selepas PBSNT membuat keputusan untuk tidak menyambung kontrak bekas pengendali Felda United itu musim depan.

Begitu pun, Abdul Rahman yang sebelum ini pernah membimbing pasukan Terengganu untuk dua musim mulai 1983 itu mengakui beliau ada menerima tawaran daripada PBSNT untuk melatih skuad Penyu bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

“Ya saya akui sememangnya PBSNT ada membuat tawaran kepada saya membimbing pasukan Terengganu musim depan, namun ketika itu saya tidak memberikan keputusan muktamad kerana sibuk menghadapi kempen Piala Malaysia,” katanya.

Pengendali kelahiran Terengganu berusia 67 tahun itu berkata, kontraknya bersama PKNS akan tamat November ini dan beliau telah membuat keputusan untuk tidak menyambungnya lagi selepas lima musim membimbing pasukan itu sejak 2009.

Menurutnya, beliau sudah memaklumkan kepada majikannya (PKNS) untuk tidak menyambung kontraknya kerana berhasrat bersara daripada arena kejurulatihan.

“Bagaimanapun, PBSNT menghubungi saya dan meminta saya membimbing pasukan Terengganu. Sebenarnya saya tidak merancang melatih pasukan ini kerana saya ingin berehat.

“Tapi saya tak sangka pula khidmat saya masih diperlukan lagi. Saya terima tawaran ini kerana fikirkan Terengganu negeri kelahiran saya, jika pasukan negeri lain… saya sememangnya sudah tolak,” katanya.

Difahamkan, Abdul Rahman akan dibantu pengendali T-Team, Che Ku Mohd Marzuki Che Ku Mohd Nor sebagai penolong jurulatih bagi mengharungi Liga M musim depan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");