Perak Hari Ini

Pemilihan UMNO: Azian Menang Dengan Majoriti 252 Undi

mt

Datuk Azian Osman berjaya mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Ipoh Timur selepas menewaskan pencabarnya, Ramli Ismail dengan majoriti besar 252 undi pada pemilihan hari ini.

Dalam pengumuman yang dibuat pada jam 6 petang tadi, Azian memperoleh 268 undi manakala pencabarnya sekadar meraih 16 undi.

Untuk jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula, Datuk Mohamad Raduan Mohd Kassim menang dengan 275 undi sekaligus menewaskan lawannya, Sha Ghazni Hameed yang mendapat sebanyak 49 undi.

Sementara itu, Timbalan Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Tajuddin Rahman juga mengekalkan jawatannya sebagai Ketua UMNO Bahagian Pasir Salak selepas menewaskan pencabar terdekatnya, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin.

Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak mendapat sebanyak 435 undi manakala Zainol Fadzi sekadar memperoleh 256 undi. Calon ketiga iaitu Namat Shfri Idris sekadar meraih 13 undi pada pemilihan hari ini.

Jawatan Timbalan Ketua Bahagian pula dimenangi oleh Datuk Ibrahim Katop yang mendapat 422 undi manakala jawatan Naib Ketua Bahagian pula disandang Abdullah Fauzi Ahmad Razali yang menang tanpa bertanding.

Bagi pemilihan UMNO Bahagian Gopeng pula, keputusan tidak rasmi memihak kepada penyandang, Datuk Hamzah Kasim yang berjaya mengekalkan jawatan sebagai Ketua UMNO bahagian itu selepas mendapat 240 undi manakala pencabar terdekat, Roslan Zakaria memperoleh sebanyak 157 undi.

Calon tunggal wanita, Hamizura Osman pula mendapat sebanyak 22 undi manakala seorang lain calon, Saidel Khazri Malik mendapat sebanyak 67 undi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");