Perak Hari Ini

Pemilihan UMNO: Sedia Bilik Berasingan Elak Keliru, Undi Rosak

mt

Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Khusairi Abdul Talib hari ini mencadangkan agar Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat menyediakan bilik berasingan untuk proses pembuangan undi bagi memilih ahli Majlis Tertinggi (MT) dan jawatankuasa bahagian, Sabtu nanti.

Katanya, langkah itu bertujuan mengelakkan para perwakilan daripada terkeliru ketika membuang mengundi untuk kedua-dua peringkat.

“Saya menerima banyak aduan daripada perwakilan persidangan sayap pada Ahad lalu yang menyatakan mereka berasa keliru ketika mahu membuat pengundian antara jawatankuasa sayap bahagian dan jawatan-jawatan exco pergerakan masing-masing.

“Pengundi diberi kertas undi secara serentak untuk memilih kedua-dua kategori jawatankuasa itu dan kemudiannya diminta untuk mengundi dan memasukkan kertas undi dalam bilik yang sama,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Beliau berkata, akibat kekeliruan itu, sebilangan perwakilan tersilap mengundi di kertas yang diberi serta memasukkan kertas undi di peti yang salah lalu menyebabkan undi rosak.

Bagi mengelakkan kekeliruan dan undi rosak, adalah wajar katanya, bilik berasingan disediakan di setiap bahagian bagi kedua-dua kategori berkenaan selain perwakilan diberi kertas undi ketika mahu memasuki bilik pengundian.

“Sejurus perwakilan selesai membuang undi untuk jawatan Majlis Tertinggi, mereka akan masuk pula ke bilik lain yang dikhaskan untuk proses mengundi jawatankuasa bahagian,” tambahnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");