Perak Hari Ini

Pemilihan UMNO: Umum Keputusan Di Hadapan Perwakilan Bahagian

mt

Jawatankuasa Pemilihan UMNO Pusat didesak mengeluarkan arahan agar keputusan pemilihan jawatankuasa Ahli Majlis Tertinggi (MT) pada Sabtu ini diumumkan di hadapan perwakilan bahagian masing-masing, kata Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib.

Selain itu, setiap keputusan terbabit katanya, hendaklah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO peringkat bahagian dan wakil-wakil calon yang dilantik manakala salinan keputusan juga perlu diserahkan kepada Badan Perhubungan UMNO negeri dan Setiausaha Bahagian sebagai rekod.

“Langkah ini bertujuan meningkatkan lagi ketelusan dan keterbukaan dalam proses pemilihan jawatan-jawatan dalam UMNO seperti mana yang dikehendaki oleh pucuk pimpinan parti dan ahli-ahli akar umbi.

“Perwakilan bahagian mempunyai hak untuk mengetahui keputusan hasil daripada pengundian yang dibuat,” katanya dalam satu kenyataan akhbar, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khusairi berkata, arahan yang menghalang pengumuman keputusan bagi jawatan peringkat tertinggi parti diumumkan di peringkat bahagian adalah terlalu janggal dan boleh mengurangkan kepercayaan ahli terhadap ketelusan parti.

“Apa yang berlaku dalam pemilihan peringkat sayap-sayap UMNO pada Ahad lalu khususnya bagi jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO hendaklah dijadikan iktibar.

“Apabila parti inginkan transformasi, maka peraturan-peraturan yang mengelirukan ahli hendaklah diminima bagi mengelak ia menjurus ke arah memenuhi kepentingan pihak dan individu tertentu,” tegasnya lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");