Jenayah

Penantian 5 tahun berakhir

impian tercapai

SELANDAR – Hasrat pasangan warga emas untuk memiliki kediaman yang lebih baik akhirnya tercapai apabila menerima rumah di bawah Program Pembasmian Kemiskinan Bandar (PPKB) melalui peruntukan Kementerian Perumahan dan Kajian Tempat (KPKT) melalui usaha Majlis Perbandaran Jasin (MPJ).

Rukiah Ismai, 73, berkata, lima tahun lalu dia memohon rumah Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT), namun maklum balas yang diterima begitu mengecewakan.

Menurutnya, dia dan suaminya Sudin Abd Halim, 69, bersyukur memandangkan rumah lama mereka terlalu uzur termasuk banyak papan yang reput dan atap bocor.

Katanya, dalam keadaan usia yang semakin meningkat sukar untuk dia dan suaminya turun naik tangga rumah yang didiami sejak 30 tahun lalu lebih-lebih lagi suaminya mengidap pelbagai penyakit termasuk asma.

“Sebelum ini kami pernah mohon PPRT, lama tunggu, mereka kata dah lulus tapi sampai sekarang perkara tersebut diam sahaja.

“Tapi tak sangka ALLAH SWT nak berikan yang lebih baik dengan kelulusan permohonan rumah ini dan lebih gembira dapat meraikan Hari Raya Aidiladha di rumah baru kami,” katanya kepada Sinar Harian ketika Majlis Penyerahan Kunci Rumah, baru-baru ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), Murad Husin dan  Setiausaha MPJ, Othman Abd Latiff.

Sementara itu, Murad berkata, rumah tiga bilik itu  dibina melalui peruntukan sebanyak RM40,000 dan mengambil masa lebih kurang dua bulan untuk disiapkan.

Menurutnya, sejak program ini didedahkan media, pihaknya menerima banyak permohonan di kalangan penduduk tempatan.

“Walaupun program ini telah beberapa tahun diperkenalkan namun, masih yang tidak tahu.

“Bagaimanapun setelah disiarkan media, MPJ tidak lepas dikunjungi orang ramai yang ingin mendapatkan maklumat lanjut berkenaan rumah ini,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");