Jenayah

Pengawal terlepas tembakan

terlepas tembakan

GEORGETOWN – Sebuah bank yang terletak di Jalan Datuk Keramat di sini, gempar apabila pengawal keselamatan yang bertugas dikatakan terlepas tembakan dalam kejadian kira-kira jam 11.30 pagi, semalam.

Pengawal keselamatan warga tempatan berusia 53 tahun itu, dikatakan terlepas senjatanya ke lantai lalu menyebabkan letupan.

Bagaimanapun tiada kecederaan dilaporkan dan peluru dari senjata jenis pump gun itu ditemui pasukan forensik di bahagian lantai bank berkenaan.

Timbalan Ketua Polis negeri, Datuk A Thaiveegan berkata, ketika kejadian pengawal keselamatan itu sedang bertugas di bahagian belakang kaunter bank berkenaan dan sedang membuat penugasan pemantauan.

Katanya, siasatan awal mendapati terdapat kecuaian yang berlaku dan menyebabkan senjata api itu terjatuh.

Menurutnya, pengawal keselamatan itu telah ditahan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.

“Siasatan awal kita mendapati pengawal keselamatan ini tidak mempunyai sebarang rekod jenayah. Bagaimanapun kita akan membuat siasatan dengan lebih terperinci dan melihat daripada pelbagai aspek.

“Kita juga akan menyiasat rekod dan lesen syarikat pengawal keselamatan ini dan siasatan awal mendapati syarikat kawalan keselamatan ini beribu pejabat di Kuala Lumpur,” katanya kepada media ketika ditemui di tempat kejadian.

Thaiveegan berkata, kes berkenaan akan disiasat bawah Seksyen 39 Akta Senjata Api.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");