Jenayah

Peserta konvoi maut terbabas

kemalangan motor

KUALA LIPIS  – Hasrat seorang warga Singapura mahu menghabiskan percutian bersama tujuh rakan berakhir tragedi apabiladia terbunuh setelah motosikal berkuasa tinggi jenis Yamaha FJR yang ditungganginya terbabas dan terjatuh ke dalam semak di Kilometer 8, Jalan Sungai Koyan-Tersang, Kuala Lipis, kelmarin.

Dalam kejadian 5.30 petang itu, mangsa Ooi Hong Kim, 61, maut di tempat kejadian selepas dipercayai mengalami kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah, Superitendan Abdul Razak Hassan berkata, kejadian berkenaan dipercayai berlaku apabila mangsa dikatakan ketinggalan jauh di belakang daripada rakan-rakannya sebelum mangsa hilang kawalan dan terbabas.

“Sampai di tempat kejadian motosikal yang ditunggangi mangsa dipercayai terbabas sebelum masuk ke dalam kawasan kebun kelapa sawit,” katanya di sini, semalam.

Abdul Razak berkata, perkara itu disedari seorang rakannya Lee Liang Shin Melvin, 34, apabila dia menyedari mangsa belum lagi muncul bersama mereka.

“Berikutan itu rakan-rakannya berpatah semula untuk mencari mangsa sebelum mereka terserempak dengan sekumpulan penduduk kampung yang sedang membantu mangsa.

“Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian. Mayatnya kemudian dibawa ke Hospital Kuala Lipis,” katanya.

Katanya, mangsa dan rakan-rakannya dilaporkan dalam perjalanan menghala ke Ipoh dari Singapura melalui Sungai Koyan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan saksi yang ada melihat kejadian berkenaan di minta tampil di Ibu Pejabat Polis Daerah Lipis untuk membantu siasatan,” katanya.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");