Berita Hari Ini

PM simpati kematian rakyat Filipina

najibpm

KUALA LUMPUR – Malaysia turut bersama-sama rakyat Filipina dalam berkabung dan bersedih dengan kematian rakyat negara itu dalam kejadian gempa bumi semalam, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata demikian dalam akaun Twitter beliau hari ini.

Sekurang-kurangnya 99 orang disahkan mati dan 276 yang lain cedera dalam kejadian gempa bumi magnitud 7.2 pada skala Richter di kawasan tengah Filipina semalam, menurut agensi bantuan bencana negara itu hari ini.

Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (NDRRMC) Filipina menyatakan 90 mangsa terbunuh di Bohol, lapan di Cebu dan seorang di
Siquijor.

Sebanyak 166 mangsa dilaporkan cedera di Bohol dan 106 di Cebu.

Kira-kira 558,390 keluarga membabitkan 2.84 juta orang terjejas di tiga provinsi.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");