Jenayah

Polis ambil keterangan sarjan tentera pukul isteri 24 Oktober 2013

crime

BUKIT MERTAJAM – Polis telah mengambil keterangan daripada seorang sarjan tentera yang bertindak memukul isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin dalam kejadian di tempat letak kereta Hospital Seberang Jaya (HSJ) di sini Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah (SPT), Asisten Komisioner Azman Abd Lah berkata, pihaknya merekodkan keterangan lelaki berusia 42 tahun itu dan isterinya berumur 35 tahun pada Selasa.

“Siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk menunggu laporan perubatan mengenai kejadian pukul itu daripada HSJ,” katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Dalam kejadian itu, anggota tentera itu bertindak membelasah isterinya tanpa belas kasihan selepas naik angin apabila didesak memberi sampel spermanya untuk diuji oleh doktor dalam kejadian di tempat letak kereta HSJ di sini.

Kejadian pukul 8 pagi itu berlaku apabila lelaki berkenaan bertemu dengan isterinya yang merupakan warga Indonesia di tempat letak kereta terbabit sebelum mereka bertengkar.

Dalam pertengkaran itu, anggota tentera yang bertugas di sebuah kem tentera di sini gagal mengawal emosi sebelum bertindak memukul isterinya berkali-kali hingga tersungkur.

Ekoran kejadian itu, wanita berkenaan yang mengalami lebam di mata kiri, hidung berdarah dan sakit seluruh badan membuat laporan polis.

– Bernama

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");