Jenayah

Polis cari suspek samun

jenayah

SHAH ALAM – Polis masih menyiasat berkenaan kes pecah masuk sebuah pasar raya sehingga mengalami kerugian mencecah RM80,000 di Pekan Meru, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Utara, Superintendan Jani Ahmad berkata, suspek berkemungkinan terdiri daripada tiga hingga empat orang berdasarkan cara premis berkenaan dipecahkan.

Menurutnya, tiada rakaman CCTV di pasaraya berkenaan, namun polis masih berusaha mengesan suspek berdasarkan laporan yang diterima.

“Suspek berkemungkinan terdiri daripada ahli sindiket atau penagih dadah yang giat menjalankan aktiviti samun di sini. Kes akan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan kerana pecah masuk bangunan,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi kelmarin, sekumpulan suspek telah memecah masuk sebuah pasar raya dan melarikan beberapa barangan.

Siasatan awal mendapati penjenayah terbabit memasuki premis berkenaan melalui tingkap sisi bangunan itu sebelum mendapati pintu masuk utama premis itu dipotong.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");