Jenayah

Polis Perak tahan dua lelaki disyaki jual mercun dan DVD cetak rompak

jenayah

Ipoh: Dua lelaki yang disyaki aktif menjalankan kegiatan menjual mercun dan menghasilkan cakera padat digital (DVD) cetak rompak di bandar raya ini, sejak tiga tahun lalu diberkas polis, Jumaat lalu.

Kedua-dua suspek berusia 36 tahun ditangkap di sebuah rumah di Taman Syabas, Bercham, di sini, kira-kira jam 10.30 pagi oleh sepasukan polis yang melakukan Ops Cantas khas.

Timbalan Ketua Polis Perak, Datuk A Paramasivam berkata, suspek diberkas selepas pihaknya menerima maklumat orang awam dan risikan yang dibuat.

“Suspek warga tempatan dipercayai aktif melakukan kegiatan mencetak DVD cetak rompak sejak tiga tahun lalu.

“DVD berkenaan diedar dan dijual untuk pasaran sekitar negeri ini menggunakan jurujual wanita,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, di sini, pagi ini.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 5(2) Akta Penapisan Filem 2002 kerana memiliki filem lucah, Seksyen 18(5) Akta Penapisan Filem 2002 gagal mempamerkan perakuan B serta Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");