Jenayah

Rakyat kita kena tahan

jenayah

Kuala Lumpur: Polis Macau menahan seorang lelaki rakyat Malaysia kerana disyaki mendalangi satu sindiket penipuan perjudian menerusi internet membabitkan kerugian mencecah 30 juta Patacas (RM11.8 juta), Rabu lalu.

Lelaki berusia 32 tahun itu ditahan sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Macau selepas identitinya dikenal pasti pihak berkuasa negara itu.

Siasatan mendapati suspek memiliki simpanan RM11.8 juta dalam akaun bank yang dipercayai hasil kegiatan itu.

Sumber memberitahu, siasatan dimulakan sejak Ogos lalu selepas polis menerima beberapa aduan daripada mangsa yang kebanyakannya terdiri daripada orang kenamaan.

“Suspek dan beberapa lagi rakannya dikesan menggunakan satu laman web berbahasa Cina kononnya milik dua syarikat yang menawarkan perkhidmatan menukarkan cip yang dimenangi oleh pelanggan kasino,” katanya.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");