Laporan Eksklusif

Rakyat Di Malaysia Dinasihat Berhati-Hati Laksana Badal Haji

PERAKTODAY34

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom menasihatkan keluarga di Malaysia memandang serius proses melaksanakan Badal Haji bagi mengelak disalahgunakan oleh sesetengah individu yang cuba mengambil kesempatan.

“Keluarga di Malaysia janganlah sewenang-wenangnya memilih orang untuk melaksanakan Badal Haji,” katanya lagi.

Walaupun pihak TH tidak mempunyai sistem yang boleh mengawal aktiviti menawarkan perkhidmatan tersebut, keluarga di Malaysia perlu tetap berhati-hatilah sebelum melantik mana-mana individu untuk melaksanakan Badal Haji.

“Janganlah nanti jadi macam kes kapal terbang terkandas. Mereka mengaku sebagai agen padahal mereka bukanlah agen yang sah dilantik oleh TH.

“Samalah juga dengan Badal Haji, kita tak tahu siapa sebenarnya mereka yang menawarkan khidmat ini,” ujarnya lagi.

Menurutnya, sesiapa yang hendak melakukan Badal Haji, individu itu sendiri mesti memiliki visa haji.

“Sekiranya tidak ada visa bagaimana mereka hendak melaksanakan tugas tersebut.

“Dalam kes menggunakan golongan pelajar atau pun rakyat Malaysia yang menetap di Tanah Suci, kita wajib teliti terlebih dahulu latar belakang mereka.

“Keluarga di Malaysia disyorkan semak dulu keperibadian, pengetahuan hal ehwal agama dan tahap keilmuannya.

“Pihak TH sendiri hadapi kesukaran untuk memilih calon calon yang layak melaksanakan Badal Haji bagi pihak mereka,” katanya lagi.

Tahun ini sahaja, TH perlu melaksanakan kira-kira 2,500 Badal Haji.

Oleh itu, pihak pengurusan TH katanya, terpaksa mengadakan sesi temuduga untuk menguji pengetahuan calon- calon dalam ibadah- ibadah khususiah.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan Malaysia katanya, akan melaksanakan Badal Haji untuk perajurit beragama Islam yang terkorban di Lahad Datu.

Katanya, tujuh Badal Haji akan dibuat manakala seorang lagi mangsa sudah pun menunaikan ibadah haji sewaktu hayatnya.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");