Berita Hari Ini

Rakyat Perlu Nilai Sudut Positif Rasionalisasi Subsidi Gula

gula

KUALA LUMPUR: Rakyat di negara ini tidak perlu cepat melenting dengan langkah rasionalisasi subsidi gula yang diperkenalkan kerajaan, sebaliknya perlu melihat perkara itu dari sudut positif.

Anggota Parlimen Bagan Serai Dr Noor Azmi Ghazali berkata penghapusan subsidi gula sebanyak 34 sen tidak harus dilihat sebagai membebankan rakyat kerana ia sebaliknya mampu memberi kesan besar kepada kehidupan masyarakat, terutama dalam aspek kesihatan.

“Berdasar kajian pada 1970-an, rakyat Malaysia guna 17 sudu teh gula seharidan ia terus meningkat sehingga 2008 apabila dilaporkan rakyat negara ini menggunakan 25 sudu gula sehari, bersamaan 750 sudu teh sebulan.

“Ini sangat membimbangkan kerana gula ini boleh menyebabkan pelbagai penyakit, seterusnya akan meningkatkan subsidi ubat-ubatan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat pada Selasa.

Lebih membimbangkan, kata Dr Noor Azmi, kebanyakan rakyat tidak sedar mengenai tahap pengambilan gula mereka sehingga memudaratkan diri dan menyebabkan pelbagai penyakit lain termasuk obesiti, darah tinggi dan sakit buahpinggang.

“Apa yang dilaksanakan kerajaan ini satu tindakan bijak demi kesihatan rakyat di masa akan datang…jadi apa salahnya melakukan satu perubahan kecil yang mampu menyelamatkan nyawa kita,” katanya.

Sementara itu, Tan Sri Shahrir Abdul Samad (BN-Johor Baharu) ketika membahaskan rang undang-undang sama berpendapat pemansuhan subsidi gula perlu disusuli liberalisasi pasaran bagi memastikan tiada monopoli bekalan dan harga komoditi itu.

“Maknanya bila tidak diberi subsidi pada gula, haruslah kita buka import supaya gula yang diproses boleh diperoleh dari negara berdekatan seperti Thailand.

“Kita juga tidak akan lihat pakatan antara mana-mana pihak untuk menentukan bekalan atau harga gula,” katanya berhubung penghapusan subsidi gula semasa pembentangan Bajet 2014 Jumaat lepas, yang menyaksikan komoditi itu kini dijual pada RM2.84 sekilogram.

Mengenai cukai barangan dan perkhidmatan (GST), Datuk Chua Tee Yong (BN-Labis) berkata kajian untuk melihat impak GST terhadap orang ramai perlu dibuat bagi mempastikan masyarakat tidak dikelirukan pihak tidakbertanggungjawab berhubung pelaksanaan cukai itu.

Selain itu, beliau mencadangkan supaya diwujudkan talian hotline atau laman web serta pusat GST di setiap negeri untuk membekalkan maklumat secara meluas mengenai GST kepada rakyat.

Persidangan Dewan Rakyat bersambung pada Rabu.

-BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");