Perak Hari Ini

Ramly Gagal Pertahan Jawatan Ketua UMNO Kuala Kangsar

DATUK-RAMLY-ZAHARI-1

Keputusan pemilihan UMNO Bahagian Kuala Kangsar yang berlangsung di Dewan Jubli Perak hari ini menyaksikan Datuk Wan Mohammad Khair-il Anuar Wan Ahmad dipilih sebagai Ketua UMNO bahagian yang baru selepas mendapat sebanyak 272 undi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Kuala Kangsar menewaskan penyandang jawatan, Datuk Ramly Zahari yang sekadar meraih 152 undi pada pemilihan kali ini.

Sementara itu, jawatan Timbalan Ketua Bahagian disandang oleh Mohamad Kamil Shafie yang mendapat 280 undi manakala dua lagi pencabarnya iaitu Azizul Rahim Abdul Rahman dan Zaid Abd Aziz masing-masing mendapat 115 dan 27 undi.

Sementara itu, Maslin Sham Razman yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Chandan dipilih sebagai Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Kangsar selepas menewaskan pencabarnya, Sabri Ahmad Tah.

Maslin Sham mendapat sebanyak 259 undi manakala lawannya meraih 152 undi.

Jumlah perwakilan yang mengundi ialah seramai 438 orang yang mewakili 68 cawangan UMNO Kuala Kangsar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");