KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Pengarah Imigresen, Wahid Md Don dipenjara enam tahun, denda RM300,000 oleh Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tuduhan rasuah.
Wahid didakwa menerima suapan RM60,000 daripada seorang ahli perniagaan, Datuk Low Chang Hian sebagai bayaran meluluskan permohonan bagi 4,337 pekerja Bangladesh memasuki Malaysia pada 10 Julai 2008, pukul 10.15 malam di rumahnya, Jalan Lembah Ledang, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
Beliau didakwa dibawah Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997.
Komen & Pendapat