Perak Hari Ini

RKK Bakal Penuhi Tuntutan Pembangunan Di Sekitar Ipoh

datuk bandar ipoh

Sejumlah RM12 bilion diperuntukkan bagi tujuan pembangunan di bandaraya Ipoh bagi tempoh 2014-2029 yang melibatkan beberapa fasa, kata Datuk Bandarnya, Datuk Roshidi Hashim.

Katanya, kajian berhubung pembangunan baru yang dikenali sebagai Rancangan Kawasan Khas (RKK) telah siap dirangka bagi memenuhi tuntutan merealisasikan kesejahteraan bandar.

Katanya, menerusi kerjasama antara pihak Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) dengan beberapa pihak, lapan projek utama, ‘ Entry Point Projects’ (EPP) di bawah RKK dirancang sebagai asas untuk membida projek dari kerajaan Persekutuan dan negeri bagi tujuan pembangunan.

“Kita menjalankan kerjasama dengan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Semenanjung serta Jabatan Perancangan Bandar dan Desa Negeri bagi meningkatkan kesejahteraan Bandar.

“Kelapan-lapan EPP tersebut melibatkan pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan warisan serta menaiktaraf kawasan yang dilihat perlu untuk kepesatan pembangunan,” ujarnya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat penuh MBI di Ipoh, hari ini.

Turut hadir, Setiausaha MBI, Datuk Abdul Rahim Md Ariff; Pengarah Perancang Bandar, Zul Qarnain Mohamad dan Pemangku Pengarah Landskap dan Rekreasi Bandaraya, Meor Abdullah Zaidi Meor Razali.

Tambah Roshidi, RKK akan dipamerkan pada bulan November 2013 melalui proses publisiti dan bantahan awam untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak awam bagi menentukan keberkesanan pelan yang dirancang itu.

“Kita akan melalui satu proses di mana draf RKK ini akan dipamerkan pada bulan depan, November, untuk mendapatkan maklumbalas dari pihak awam bagi memastikan pelan yang dihasilkan adalah pelan yang memenuhi hasrat kerajaan serta warga kota.

“Saya mohon semua pihak yang terlibat agar hadir pada proses publisiti untuk memberi maklumbalas melalui lapan EPP yang merangkumi beberapa aspek bagi mengetahui pandangan mereka,” jelasnya.

Roshidi memberitahu, komitmen kerajaan negeri dalam meningkatkan mutu pembangunan bandaraya Ipoh dilihat sebagai satu langkah yang murni dalam usaha memajukan lagi kawasan pusat bandar.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");