Sukan Hari Ini

Rodgers: Aksi Liverpool memukau

suarez

JURULATIH Liverpool, Brendan Rodgers menyifatkan kemenangan anak buahnya ke atas West Bromwich Albion 4-1 pada saingan Liga Perdana Inggeris di Anfield adalah menakjubkan.

“The Reds mencatatkan kemenangan dan menampilkan persembahan luar biasa ketika bertemu West Brom kerana The Baggies sebelum ini bertandang ke Old Trafford dan menang ke atas Manchester United.

“Kami sepatutnya menjaringkan lebih empat gol dan memperagakan aksi yang memukau menentang West Brom,” katanya.

Rodgers berkata, persembahan Luis Suarez dan Daniel Sturridge juga sukar dibendung apabila masing-masing menjaringkan gol kali ini.

Pada pertemuan tersebut, Suarez melakukan hatrik pertamanya di Anfield dan satu gol lagi menerusi Sturridge manakala gol West Brom diperoleh menerusi James Morrison melalui sepakan penalti.

Liverpool kini menduduki di tangga kedua liga mengumpulkan 20 mata di belakang Arsenal selepas sembilan perlawanan.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");