Membawang Hari Ini

Rumah Tangga Mariah Carey Dikatakan Sedang Retak

mariah

SELAMA ini, Mariah Carey dan Nick Cannon tidak pernah jemu menunjukkan kemesraan di depan umum dan ia membuatkan peminat-peminat menyifatkan mereka sebagai pasangan bahagia.

Bagaimanapun menurut laporan Showbizspy, rumah tangga mereka dikhabarkan sedang bermasalah dan saling berselingkuh antara satu sama lain.

Malah menurut sumber, mereka sedang menyiapkan dokumen penceraian apatah lagi baru-baru ini Mariah dilihat sedang menghabiskan masa dengan beberapa lelaki yang lebih muda dan tidak lagi memakai cincin perkahwinannya.

“Semua ini disebabkan Mariah sering dikelilingi lelaki kacak sehingga membuatkan Nick berang dan dia mula berfikir untuk mengakhiri ikatan perkahwinannya dengan Mariah,” kata sumber.

Sementara itu, Mariah turut khuatir bahawa Nick juga sedang berselingkuh dengan wanita lain.

Bagaimanapun sehingga saat ini, belum ada lagi pengesahan rasmi daripada mana-mana pihak mengenai khabar angin tersebut.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");