Membawang Hari Ini

Salman tak serik cari pasal

salman1

Nampaknya Salman Khan masih tak serik-serik. Sebelum ini dia bergaduh dengan Shah Rukh Khan (SRK) tetapi baru-baru ini mereka sudah berdamai semula.

Salman juga khabarnya tidak senang dengan Hrithik Roshan dan yang terbaru, hero bertubuh sasa itu mula menyindir pelakon muda, Ranbir Kapoor.
Kejadian berlaku pada satu majlis di mana Salman yang berbual dengan tetamu lain iaitu Sharman Joshi dan Jaaved Jaaferi. Antara isi perbualan mereka bertiga bercerita mengenai filem yang berjaya di Bollywood seperti Besharam, Bigg Boss 7 dan 3 Idiots.

Menurut sumber, ketika Sharman cuba nak mengingatkan Salman semula mengenai kejayaan 3 Idiots di pawagam, dengan pantas Salman menyampuk filem itu gagal mendapat kritikan yang bagus daripada pengkritik filem.

Salman juga mengejek Ranbir yang berlakon dalam Besharam dengan mengatakan tahap lakonan hero itu hanya layak mendapat satu bintang saja. Mereka yang mendengar komen Salman itu hanya mampu mengangkat kening masing-masing tanpa memberi sebarang ulasan kerana mereka tidak mahu menjadikan situasi yang nampak tegang itu bertambah panas.

Ternyata Salman tidak menyukai Ranbir dan adakah ia disebabkan yang hero kacak itu sedang berpacaran dengan bekas kekasihnya, aktres jelita Katrina Kaif? Apa pun sebab dan puncanya, Salman memang suka cari pasal dengan rakan artis.

– Harian Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");