Berita Hari Ini

Sambut baik Bajet 2014

ORG ASLI

GUA MUSANG – Masyarakat Orang Asli di Kelantan menyambut baik Bajet 2014 dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak kerana menyediakan peruntukan RM109 juta bagi pelaksanaan kemudahan infrastruktur untuk mereka.

Peruntukan itu dianggap paling besar untuk dinikmati kaum tersebut di seluruh negara terutama membabitkan perbelanjaan bagi pembinaan jalan perhubungan lebih baik dan banyak kemudahan lain yang diperlukan.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Orang Asli (JKKKOA) Kampung Kuala Lah, Ali Latif berkata, walaupun pembentangan perbelanjaan itu tidak banyak menyentuh penduduk Orang Asli, tetapi ada juga kaitan dengan penyediaan kemudahan asas.

Selain itu katanya, Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinaikkan daripada RM500 kepada RM650 sudah cukup untuk dirasai bersama kaum Orang Asli yang mengharapkan ada perubahan tahun depan.

“Kami bersyukur dengan kenaikan RM150 kerana sekurang-kurangnya dapat meringankan beban hidup rakyat,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi JKKKOA Pos Hendrop, Kamal Rami pula berkata, Bajet 2014 adalah yang terbaik kerana ia menyentuh keperluan semua kaum di negara ini termasuk pembangunan pelajaran.

Menurutnya, walaupun Orang Asli adalah kaum minoriti di negara ini, namun kerajaan memberi perhatian serius terhadap kemudahan infrastruktur, bantuan persekolahan dan peluang dalam bidang ekonomi menerusi penyediaan ruang niaga.

Seorang lagi penduduk Orang Asli yang juga pesara kerajaan, Ago Angah, 58, dari Kampung Kuala Wok pula menyifatkan Bajet 2014 terbaik dengan mengambil kira kewangan kerajaan menghadapi banyak cabaran.

Katanya, pemansuhan subsidi gula yang menyebabkan berlaku kenaikan bahan tersebut kepada RM1.84 tidak memberi kesan kepada perbelanjaan rakyat yang berpendapatan rendah termasuk kaum Orang Asli.

“Apa yang lebih penting, jimatkan perbelanjaan dan seperti diperkatakan Perdana Menteri ketika pembenta-ngan Bajet 2014, ia bagi menjaga rakyat daripada diserang penyakit diabetes disebabkan banyak penggunaan gula dalam makanan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");