Perak Hari Ini

Sambutan Hari Raya Aidil Adha Dirai Sederhana

prk_nazrin004

Pemangku Raja Perak, Raja Dr Nazrin Shah bersama-sama kira-kira 1,000 umat Islam di sekitar Ipoh menunaikan solat sunat Hari Raya Aidil Adha, pagi ini.

Ketibaan baginda di Masjid Sultan Azlan Shah di Jalan Raja Musa Mahdi kira-kira jam 8 pagi tadi disambut oleh Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir.

Turut kelihatan, Exco Kemudahan Awam, Infrastruktur, Tenaga dan Air negeri, Datuk Zainol Fadzi Paharuddin dan Exco Pendidikan Islam negeri, Mohd Nizar Zakaria.

Sejurus selesai menunaikan solat, baginda meluangkan masa bersalam-salaman dengan para jemaah yang hadir.

Di satu majlis berasingan, Raja Nazrin dan Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim berangkat menghadiri Sambutan Hari Raya Aidil Adha yang berlangsung di padang Sekolah Tunku Abdul Rahman (STAR), Ipoh.

Majlis itu dihadiri kira-kira 500 tetamu jemputan yang terdiri pelbagai kaum dan agama.

Sempena Hari Raya Aidil Adha, umat Islam di negeri Perak tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban sebelum daging sembelihan diagih-agihkan kepada golongan fakir miskin.

Tahun ini, jawatankuasa Masjid India Kapitan di Ipoh tidak ketinggalan melaksanakan ibadah korban yang membabitkan lebih 100 ekor kambing, sekaligus mencari program tahunan bagi masjid terbabit.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");