Isu Panas

Saya Boleh Dapat A – Sohaimi

suhaimi

Calon Barisan Nasional (BN), Dr Ahmad Sohaimi Lazim berkata beliau layak menerima gred A berhubung tahap penilaian kempennya menjelang Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Limau 4 November depan.

Menurut bekas pensyarah kanan, Fakulti Sains Kemanusiaan, Universiti Pendidikan Sultan Idris itu, sehingga kini beliau berjaya melepasi tahap 40 hingga 50 peratus sasarannya untuk menemui pengundi selepas empat hari berkempen.

“Sehingga kini dalam 40 hingga 50 peratus pengundi sudah saya temui untuk memperkenalkan diri serta menyatakan misi dan visi kita (BN) jika menang di kawasan ini.

“Pada saya ini baik, kalau ambil peperiksaan saya boleh dapat A,” katanya ketika ditemui berkempen di Yan, Sabtu.

Ditanya mengenai penerimaan pengundi terutamanya ketika memasuki ke kawasan kubu kuat PAS, Ahmad Sohaimi berkata beliau gembira apabila diberikan sambutan yang baik oleh penyokong pembangkang.

“Paling menggembirakan apabila melihat reaksi penyokong PAS begitu positif menerima kehadiran saya. Alhamdulillah dan kita akan tingkatkan lagi sokongan itu.

“Kami berkomunikasi dengan cara yang baik, berkempen secara beradab, berakhlak tanpa menimbulkan apa-apa isu yang tidak elok. Masing-masing tahu pilihan raya ini adalah proses rakyat menunaikan kewajipan mereka sebagai pemilih,” katanya.

PRK Sungai Limau menyaksikan saingan satu lawan satu antara Ahmad Sohaimi dan calon PAS, Mohd Azam Abdul Samat.

Kerusi DUN Sungai Limau yang terletak di bawah Parlimen Jerai diisytihar kosong susulan kematian penyandangnya, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, akibat komplikasi jantung serta jangkitan kencing manis.

– mStar

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");