Perak Hari Ini

Semua Etnik Perlu Adaptasi Bahasa Kebangsaan: DS Zambry

zambry kkMenteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan isu bahasa merupakan isu negara yang tidak boleh ditangani secara persepsi dan emosional semata-mata.

Sehubungan itu, kerajaan katanya, mengambil langkah proaktif dengan memperkenalkan program Bulan Bahasa Kebangsaan sejak 1999 lagi bagi menyemarakkan lagi kegiatan bahasa dan sastera di negara ini.

“Saban tahun, pelbagai tema diangkat dan pihak penganjur khususnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang merealisasikan tema berpaksikan gagasan 1Malaysia pada tahun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena majlis pelancaran Bulan Bahasa Kebangsaan Peringkat negeri Perak dan majlis penutup Persidangan Antarabangsa Memartabatkan Bahasa Melayu Ke-2 di Universiti Sultan Idris (UPSI) Tanjung Malim, petang tadi.

Beliau berkata, bulan Oktober diisytiharkan sebagai Bulan Bahasa Kebangsaan dan akan berakhir pada November nanti.

“Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 serta dasar bahasa negara yang baharu iaitu memartabatkan bahasa Melayu dan memperkukuhkan bahasa Inggeris perlu disokong oleh semua pihak,” katanya lagi.

Tegasnya, kerajaan juga sentiasa bersifat terbuka dan mengalu-alukan maklumbalas dan cadangan yang konstruktif daripada semua pihak sebagai salah satu proses penambahbaikan.

“Perubahan dasar ini dilihat sebagai perubahan demi faedah masa depan untuk generasi pelapis kelak dan ia merupakan satu peluang untuk memperkaya pengalaman melalui penyelidikan untuk perkongsian bersama,” tegasnya lagi.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau turut memuji langkah UPSI dalam menangani pelbagai isu terutamanya yang berkaitan dengan pendidikan bahasa Melayu.

Persidangan seperti ini jelasnya, perlu dijadikan sebagai salah satu langkah memartabatkan bahasa kebangsaan termasuklah di negeri Perak.

“Bulan Bahasa Kebangsaan dilaksanakan bertujuan untuk memperteguhkan jati diri dengan cara mempraktikan penggunaan bahasa ini dalam setiap urusan,” ujar Zambry lagi.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");