Membawang Hari Ini

Sesat uji minda, fizikal

izue islam

Atas sambutan orang ramai terhadap program realiti ‘game show’ yang semakin mendapat sambutan hangat dan maklum balas positif, Astro Ria tampil dengan program berkonsep sama, namun berlainan aktiviti iaitu Sesat yang menguji minda dan ketahanan fizikal.

Memilih kalangan selebriti sebagai peserta, program terbitan Eightball Productions Sdn Bhd yang diterbitkan sebanyak 13 episod ini akan bersiaran selama setengah jam di saluran berkenaan bermula jam 9.30 malam ini.

Dihoskan bekas juara On Air, Hafizul Kamal, program yang pertama kali diadakan ini memilih lokasi Bandung, Indonesia sebagai destinasi di samping memberi peluang pada selebriti untuk lebih berdikari tanpa mengharapkan bantuan peminat yang mengenali mereka.

Hafizul berkata, setiap episod akan menampilkan dua selebriti bertarung merebut RM5,000 pada setiap minggu jika berjaya mengharungi cabaran kurang dari tempoh satu jam setengah yang diberikan dan berjaya melakukan tugasan di pering­kat bonus.

“Kedua-dua selebriti akan ditempatkan di lokasi berlainan, namun tidak jauh antara satu sama lain tanpa sebarang wang, telefon bimbit, makanan mahupun minuman. Mereka kemudian harus mencari jalan ke lokasi B di mana anggaran jarak lebih kurang 10 kilometer.

“Masing-masing tidak dibenarkan menggunakan status sebagai selebriti atau memberitahu kepada umum mengenai program ini ketika sedang melakukan tugasan yang diberi,” katanya.

Hafizul berkata, tugasan berkenaan akan diberikan Gambit Saifullah selaku pengembara yang akan memberi arahan dan petunjuk.

Antara selebriti yang terbabit ialah Michael Ang, Marsha Milan, Izzue Islam, Alif Hadi, Kaka Azraf, Cristina Suzanne, Karl Shafek, Tengku Hanis, Dira Abu Zahar, Adeline Tsen, Azwan Ali, Fizo Omar, Anding Indrawani, Ryzal Jaafar, Liana Johor, Diana Johor, Tauke Jambu, Yus Jambu, Ayie Ali, Iz Sulaini, Sabhi Saddi, Lana Nordin, Dafi Ismail Sabri dan Sherry Ibrahim.

-Metro

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");