Isu Panas

Shafie yakin kekal jawatan

DATUK SERI SHAFIE APDAL

KULAIJAYA – Calon Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal yakin mampu mempertahankan jawatan disandangnya berdasarkan pengalaman selama enam penggal membarisi kepimpinan tertinggi parti sebelum ini.

Menurutnya, beliau yakin kelebihan berpihak kepadanya apabila 122 daripada 133 kawasan parlimen dimenangi BN pada PRU13 lalu adalah kawasan luar bandar.

“Kita yakin usaha ini bukan saja dari pihak saya, tetapi oleh kementerian dan banyak pihak terlibat dalam menjayakan agenda kekuatan BN dengan tunjangnya adalah luar bandar,” katanya selepas mengadakan lawatan ke tapak pembinaan Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) Johor, semalam.

Mohd Shafie bagaimanapun menyerahkan keputusan kepada perwakilan kerana yakin ahli Umno cukup matang membuat pertimbangan dalam memilih pemimpin berdasarkan sumbangan dan perkhidmatan diberikan.

Diminta mengulas mengenai soal ‘status quo’ (pemimpin pilihan), Mohd Shafie meminta masyarakat melihat agenda pemilihan parti dari sudut pengukuhan Umno.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");