Berita Hari Ini

Shahidan perjelas isu RM2.5j kos utiliti

Datuk Seri Dr Shahidan Kassim

KUALA LUMPUR – Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim menegaskan bahawa bil utiliti bernilai RM2.5 juta yang dihebohkan pembangkang adalah untuk kos keseluruhan Kompleks Seri Perdana.

Beliau berkata, dakwaan pembangkang sebelum ini bahawa jumlah itu hanya melibatkan kediaman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor adalah tidak tepat.

“Mereka lupa itu Kompleks Perdana Menteri. Ada Ahli Parlimen yang tidak faham kediaman dengan kompleks. Ini bukan kediaman.

“Ada dewan, kuarters kakitangan, untuk seminar yang dilaksanakan di kompleks,” katanya semasa sidang media di lobi Parlimen, semalam.

Kelmarin, Ahli Parlimen DAP mendedahkan penggunaan bil utiliti di kediaman rasmi Najib di Kompleks Seri Perdana menelan belanja lebih RM2.5 juta untuk 2012.

Anthony Loke (DAP- Seremban) mendakwa, daripada jumlah itu, RM2,237788.13 adalah untuk pembayaran bil elektrik dan baki RM311, 174.25 untuk bayaran bil air.

“Macam mana Najib minta rakyat berjimat sedangkan setiap hari beliau membazir bil elektrik dan air. Tidak ada usaha kurangkan perbelanjaan kerajaan,” katanya.

Shahidan sebaliknya membidas kenyataan berkenaan, dan menegaskan bil utiliti untuk kegunaan Najib dan isterinya dicaj sama seperti pengguna elektrik dan air di negara ini.

“Kalau Najib nak tidur sebilik dengan Rosmah, hanya mereka berdua, bilnya sama dengan Timah dan Mamat, kadarnya sama. Jangan bincangkan isu yang boleh rakyat tertawa,” kata Ahli Parlimen Arau itu.

Menurut Shahidan lagi, pembangkang tidak seharusnya membawa isu remeh sebaliknya membincangkan isu yang lebih besar.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");