Jenayah

Simpang pusara berdarah

SIMPANGALOR SETAR – Pengguna laluan Gunung Keriang dan Sungai Baru dekat sini, dinasihatkan berhati-hati melalui persimpangan maut yang sehingga kini menyebabkan berlakunya banyak kemalangan.

Difahamkan, laluan maut terbabit pernah meragut banyak nyawa dipercayai akibat masalah ketiadaan lampu isyarat, kesesakan lalu lintas dan kesibukan jalan berkenaan.

Penduduk, Mohd Fahrul Razi Ahmad, 28, berkata, mereka terpaksa berdepan risiko mengalami kemalangan setiap hari kerana persimpangan berbahaya terbabit bukan sahaja tidak mempunyai lampu isyarat malah agak kelam-kabut.

“Keadaan bertambah tidak menyenangkan apabila laluan terbabit sering kali sibuk terutamanya ketika waktu puncak malah digunakan sebagai laluan pintas pelbagai kenderaan termasuklah lori tanah.

“Walaupun kemalangan kerap berlaku namun perkara ini tetap tidak selesai, sebaliknya laluan ini seolaholah terus menjadi pusara sementara pula,” katanya.

Katanya, laluan lurus berkenaan dipercayai menyebabkan pengguna selalu memandu laju kenderaan malah tidak menyedari kewujudan simpang berdarah terbabit sehingga mengakibatkan berlakunya kemalangan jiwa.

Trauma dengar dentuman Bagi Izzah Anuar, 23, kehidupannya tidak tenteram malah trauma berikutan kemalangan berlaku ada kalanya membawa maut manakala sebahagiannya pula kemungkinan mengalami kecederaan serius.

“Kebanyakan penduduk setempat juga menjangkakan, sekiranya terdengar bunyi dentuman kuat, itu maknanya kemalangan berlaku di persimpangan terbabit. Cumanya, kami tidak tahu sama ada ia serius mahupun tidak sahaja,” katanya.

Katanya, seorang pemuda turut maut di tempat kejadian baru-baru ini semasa ingin ke tempat kerjanya akibat motosikal dinaiki bertembung dua kenderaan lain ketika ingin keluar dari persimpangan itu.

Sebelum ini, seorang pemandu lori, Kassim Isa, 54, turut maut dalam satu kemalangan di lokasi berdekatan apabila motosikalnya bertembung dengan sebuah kereta pada Mac lepas ketika ingin membelok ke tempat kerja di kawasan persimpangan terbabit.

Mohon lampu isyarat Sementara itu, Shamsul Ahmad, 58, berkata, persimpangan berkenaan sememangnya sukar dilalui pengguna jalan raya sekiranya waktu puncak malah bilangan kenderaan menggunakan laluan maut berkenaan sering bertambah.

Menurutnya, mereka merayu kepada mana-mana pihak supaya mengambil tindakan segera dalam menangani kes kemalangan yang meragut nyawa orang ramai yang dipercayai berlaku hampir setiap bulan terbabit.

“Penduduk menganggap laluan berkenaan sebagai simpang maut kerana kemalangan sering kali berlaku, justeru pihak berkuasa tempatan (PBT) tidak boleh membiarkan keadaan yang menakutkan penduduk setempat ini berlarutan,” katanya.

Shamsul berkata, jika lampu isyarat atau bonggol jalan dipasang segera di persimpangan maut ini kemungkinan besar kadar kemalangan dapat dikurangkan sekali gus mengelakkan kecelakaan berlaku.

– SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");