Berita Hari Ini

Sistem OpenSymmetry bantu urus prestasi jualan

IBM Malaysia yakin kerjasama syarikat itu dengan firma pSISTEMerunding pengurusan prestasi jualan OpenSymmetry dan AccelTeam Sdn Bhd akan mempercepat pengurusan prestasi jualan bagi organisasi di Malaysia.

Pengurus Besar Kumpulan IBM Sofware Hong Kok Cheong berkata, ia juga dijangka memberi manfaat kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini untuk meningkatkan persaingan.

“Sistem ini boleh diaplikasikan dan bersesuaian sebagai sokongan teknikal kepada industri PKS (untuk uruskan prestasi jualan).

“IBM akan promosikan sistem OpenSymmetry ini kepada PKS,” katanya selepas majlis menandatangani perjanjian antara ketiga-tiga pihak, kelmarin.

Kok Cheong berkata, melalui OpenSymmetry, pelanggan boleh meramal prestasi, tentukan pendapatan baru serta menyelesaikan masalah lebih cepat.

Sementara itu, Pengarah Urusan OpenSymmetry bagi Asia Pasifik Anthony Hutchins berkata, kerjasama itu akan mendidik pelanggan memaksimumkan peluang pendapatan mereka.

“Pengurusan prestasi jualan kini digunakan dalam bidang farmasi, telekomunikasi, runcit, insurans dan perbankan,” katanya.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");