Perak Hari Ini

SPAD Diminta Selesai Isu Terminal Bas Jalan Bendahara

spad

Menteri Besar, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir menegaskan pihaknya akan berusaha menjadi pengantara bagi menyelesaikan masalah pengusaha bas yang beroperasi di Jalan Bendahara, dekat Ipoh.

Katanya, kerajaan negeri juga akan melihat dari segenap sudut bagi membantu pihak yang terlibat mencari kata sepakat agar kemelut itu dapat diselesaikan dengan kadar segera.

“Pengendali memaklumkan mereka telah beroperasi di kawasan itu hampir 30 tahun lalu dan kini mereka beroperasi secara peribadi atau bersendirian.

“Isu ini bersangkut-paut dengan agensi penguatkuasaan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD dan kita di pihak kerajaan negeri akan cuba menjadi pengantara dengan melihat setiap sudut yang mungkin bagi menyelesaikan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat mingguan exco di Ipoh hari ini.

Menurut Zambry, SPAD perlu meneliti situasi pengusaha kerana walaupun tidak beroperasi di Meru Raya, mereka telah menyediakan beberapa alternatif bagi memudahkan pengguna mendapatkan perkhidmatan pengangkutan awam.

“Saya telah diberitahu bahawa walaupun bekerja sebagai operator di Jalan Bendahara, pengusaha telah menyediakan beberapa alternatif dan pilihan kepada pengguna untuk dan kita harap pihak SPAD akan buat pertimbangan sewajarnya dalam perkara ini,” ujarnya lagi.

Oleh itu, beliau berharap SPAD akan mengadakan perbincangan dengan semua pihak yang terlibat untuk melihat situasi sebenar sekaligus menyelesaikan kekeliruan tersebut dengan cara yang baik.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");