Jenayah

SPRM tahan CEO anak syarikat Iskandar

jenayah

Kuala Lumpur: Ketua Pegawai Eksekutif sebuah anak syarikat Iskandar Investment Berhad (IIB), pemaju Iskandar Malaysia, Johor, disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penerimaan suapan lebih RM400,000 dalam projek membangunkan zon ekonomi itu.

Lelaki dalam lingkungan usia 40-an itu dikatakan meminta suapan daripada kontraktor IIB bagi projek membangunkan jalan alternatif Kampung Sungai Pendas Laut bernilai RM2.7 juta pada 2011.

SPRM pernah siasat

Sumber berkata, SPRM sebelum ini pernah menyiasat penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat IIB dalam projek itu.

Kata sumber itu, IIB bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai berbilion ringgit.

“Antara projek itu adalah pakej 3B iaitu membina dan menyiapkan persimpangan Jalan Abu Bakar bernilai RM124 juta, pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di sebahagian Lot PTD Mukim Pulai bernilai RM40.8 juta selain membina jalan alternatif berkenaan.

Babit tiga individu
“Susulan siasatan yang dijalankan membawa kepada beberapa maklumat berkaitan perbuatan meminta suapan yang turut membabitkan tiga individu berkaitan projek membangun jalan, termasuk pegawai kanan berkenaan.

“Pembayaran telah dibuat dan jumlah wang berkenaan dikatakan telah masuk ke dalam satu akuan sebelum ia dikeluarkan dan diagihkan kepada pihak tertentu.

Orang tengah

“Penyelewengan berkenaan turut membabitkan orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan beberapa projek untuk syarikat itu,” kata sumber itu ketika dihubungi BH semalam.

BH difahamkan, SPRM mula menyiasat beberapa projek yang disyaki berlaku penyelewengan dan rasuah itu sejak tahun lalu.

SPRM juga dipercayai menyerbu ibu pejabat anak syarikat terbabit di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur, meneliti dokumen berkaitan serta memanggil beberapa saksi bagi membantu siasatan.

Pengarah Siasatan dan Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd Jamidan Abdullah, ketika dihubungi semalam mengesahkan mengenai siasatan itu tetapi enggan mengulas lanjut.

Iskandar Malaysia yang fasa pembangunannya sehingga 2025, dijangka menjadi sebuah pusat pertumbuhan ekonomi terbesar rantau ini.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");