Jenayah

Stok dadah diseludup dari Iran, Nigeria

jenayah

Kuching: Kebanyakan dadah yang dipasarkan di negara ini diseludup masuk dari Iran dan Nigeria, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar.

Selain itu, beliau berkata, kementeriannya juga mendapati wujud kerjasama antara pembekal dadah dari negara terbabit dengan pengedar tempatan untuk melakukan aktiviti jenayah lain.

Adakan persidangan undang-undang

“Selain Malaysia, masalah ini turut membabitkan beberapa negara jiran seperti Brunei dan Singapura yang menjadi negara transit bagi aktiviti penyeludupan dadah,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Pemimpin Bersama Klien di Pusat Pemulihan, Penjagaan dan Penyembuhan (CCRC) di sini, semalam.

Hadir sama, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Sarawak, Wan Madihi Wan Salleh dan Pengarah CCRC daerah, Winnie Lugit.

Wan Junaidi berkata, perkara berkenaan berbangkit dalam persidangan keselamatan negara anggota ASEAN, baru-baru ini.

Katanya, hasil persidangan itu juga, negara anggota ASEAN bersetuju mengadakan persidangan undang-undang untuk menyeragamkan peraturan bersabit penyeludupan dadah di negara masing-masing. – BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");