Jenayah

Suspek masih dalam negara

guard

Kes bunuh pegawai bank: Penahanan tiga individu termasuk isteri bantu percepat selesai kes

Kuala Lumpur: Polis yakin pembunuhan seorang pegawai bank oleh pengawal keselamatan di Subang Jaya, Rabu lalu, dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat, susulan penahanan tiga individu termasuk isteri suspek.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, berkata risikan pihaknya mendapati suspek masih berada dalam negara, memandangkan semua kawalan pintu sempadan negara diperketatkan.

“Sehingga kini, tiga individu termasuk isteri suspek sudah ditahan. Kita percaya tiga individu terbabit turut bersubahat dengan suspek utama susulan penemuan wang tunai hampir RM30,000.” Datuk Seri Mohd Bakri Mohd Zinin, Timbalan Ketua Polis Negara

Katanya, Bukit Aman akan membantu pasukan khas yang ditubuhkan Polis Selangor bagi menyiasat kes itu sehingga pengawal keselamatan terbabit ditahan.

“Sehingga kini, tiga individu termasuk isteri suspek sudah ditahan. Kita percaya tiga individu terbabit turut bersubahat dengan suspek utama susulan penemuan wang tunai hampir RM30,000.

Siasatan dari semua sudut

“Polis akan menjalankan siasatan dari semua sudut. Biar kita tangkap suspek utama dulu, barulah siasatan lain termasuk penggunaan kad pengenalan palsu digunakannya,” katanya pada sidang media selepas Perbarisan Tamat Latihan Kadet Inspektor Siri 1/2013, di sini, semalam.
Akhbar semalam melaporkan, polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang juga ahli keluarga kepada pengawal keselamatan yang menembak mati kakitangan Ambank, Norazita Abu Talib, 37, di USJ, Subang Jaya.

Berikutan itu, Polis Selangor turut menemui sejumlah wang tunai dipercayai sebahagian daripada keseluruhan wang rompakan berjumlah RM450,000 yang dilarikan suspek.

Difahamkan, suspek utama dikenali sebagai Ardy Hamza, 37, dan ahli keluarganya berasal dari Sulawesi, Indonesia serta sudah bekerja di negara ini sejak dua tahun lalu dengan menggunakan dokumen pengenalan palsu.

Mengulas sama ada Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menempatkan Polis Bantuan di setiap bank bagi mengelak kejadian itu berulang, Mohd Bakri berkata, setakat ini pihaknya tidak berbuat sedemikian, sebaliknya bank yang besar menggunakan perkhidmatan anggota terbabit.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");