Jenayah

Tak sempat jual dadah

dadah

JEMPOL – Dua lelaki tidak sempat menjual dadah yang dibawanya apabila berjaya dicekup dalam Ops Cantas Trafik di Kilometer 3 Jalan Bahau-Kemayan, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis daerah Jempol, Deputi Superitendan Tukiman Seriman berkata, suspek yang berusia 46 dan 31 tahun itu pada awalnya kelihatan bersahaja ketika melalui sekatan jalan kira-kira 12.30 tengah hari.

Menurutnya, suspek yang menunggang motosikal jenis Yamaha RXZ memberikan kerjasama, namun mula resah setelah anggota polis membuat pemeriksaan di badannya.

“Beberapa paket dadah dipercayai jenis syabu seberat 9.88 gram dan heroin 69.27 gram disorokkan dalam pakaian mereka.

“Hasil pemeriksaan lanjut, suspek berusia 46 tahun adalah individu yang dicari bersabit kes lari daripada perintah sekatan, buang daerah berkaitan kes dadah dan samun,” katanya.

Manakala suspek kedua didapati mempunyai kes jenayah lampau berkaitan dadah, kedua-duanya ditahan reman dan kes disiasat di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

Tambahnya, sebanyak 27 waran tangkap saman dikeluarkan menerusi Ops Cantas Trafik yang dijalankan selama 12 hari bermula 13 Oktober lalu.

“Manakala terdapat 868 saman trafik pelbagai kesalahan dikeluarkan dengan dua tangkapan dadah,” katanya.

Tukiman meminta orang ramai membuat semakan saman di kaunter trafik bagi mengelakkan waran tangkap dikeluarkan yang membolehkan mereka dibicarakan.

-Sinar harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");