Berita Hari Ini

Takaful Ikhlas pengendali terbaik

tisb3

JENAMA Takaful Ikhlas yang kini berusia 10 tahun menerima pengiktirafan dalam Anugerah Global Banking and Finance Review bagi kategori Pengendali Takaful Terbaik Malaysia 2013.

Anugerah itu dianjurkan Global Banking & Finance Review, iaitu portal dalam talian yang dibaca di lebih 200 negara berbeza.

Naib Presiden Kanan, Ketua Agensi merangkap Pegawai Bertugas Takaful Ikhlas Sdn Bhd Wan Rosli Shaharuddin Wan Yaacob berkata, syarikat itu teruja diiktiraf di peringkat antarabangsa di sebalik persekitaran persaingan industri yang dianggap sangat mencabar.

“Anugerah dan pengiktirafan ini menunjukkan produk Takaful Ikhlas mendapat perhatian masyarakat bukan sahaja di Malaysia malah di luar negara”, katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, syarikat itu yang mula beroperasi pada 2003 mencatatkan perolehan sumbangan kasar sebanyak RM 6.6 juta pada tahun tersebut dan kini sumbangan kasarnya mencecah RM747 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Mac lalu.

Menurutnya, pengiktirafan itu juga adalah kejayaan terhadap industri kewangan Islam dan membuktikan sistem kewangan Islam khususnya takaful berjaya mengukuhkan kedudukannya di peringkat global.

Anugerah Global Banking and Finance Review mengiktiraf syarikat pelbagai saiz yang menonjol dalam komuniti kewangan global dan melambangkan inovasi, pencapaian, strategi, perubahan progresif dan inspirasi dalam sektor kewangan.

-SINAR HARIAN

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");