Berita Hari Ini

Tanah terbiar seluruh negara akan dibangunkan

DATUK TAJUDIN

KUALA LUMPUR – Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani berhasrat membangunkan sejumlah 110,170 hektar tanah terbiar di seluruh negara sebagai projek agro makanan dalam usaha meningkatkan hasil pertanian.

Timbalan Menterinya Datuk Tajuddin Abdul Rahman berkata buat masa ini, kementerian sedang berusaha mengenal pasti pemilik tanah, jenis tanah dan keperluan infrastruktur yang boleh dibangunkan di atas tanah terbiar itu.

“Usaha ini akan mengambil sedikit masa disebabkan masalah tuntutan hak milik tanah daripada waris bersama tanah terbabit. Proses ini dilakukan dengan kerjasama kerajaan negeri melalui Pejabat Tanah dan Daerah,” katanya pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

Tajuddin berkata demikian menjawab soalan lisan Datuk Mansor Othman (PKR-Nibong Tebal) mengenai usaha kementerian untuk memajukan tanah terbiar di seluruh negara yang berpontensi dimajukan menjadi projek perumahan.

Tajuddin juga memaklumkan sejak 2007, kerajaan telah membangunakan 9,213 hektar tanah di seluruh negara melibatkan 7,517 petani dan projek itu berjaya mengeluarkan hasil berjumlah 178,141 metrik tan bernilai RM78.68 juta.

Menjawab soalan tambahan Mansor berhubung penglibatan golongan belia dalam industri berasaskan pertanian, Tajuddin berkata kementerian telah mengambil langkah-langkah proaktif bagi menarik minat orang muda terlibat dalam sektor itu.

“Kita juga telah melancarkan program ‘Entreprenuer Muda’ khusus untuk menggalakkan generasi muda ambil bahagian kerana pertanian pada masa ini adalah satu perniagaan.

“Ia tidak lagi sama seperti zaman dahulu yang mana orang berpendapat sektor pertanian tidak menarik dan tidak mempunyai potensi untuk meningkatkan taraf ekonomi,” katanya.

Kementerian juga akan menubuhkan satu komuniti untuk mengambil 100 usahawan tani setiap tahun untuk dibangunkan agensi di bawah kementerian supaya perkembangan usahawan muda ini dapat dipantau sehingga berjaya.

Kepada cadangan Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling) yang menggalakkan kementerian untuk memulakan projek golongan muda di Baling Kedah, menerusi program penanaman semula padi, Tajuddin berkata perkara itu sangat dialu-alukan.

– BERNAMA

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");