Membawang Hari Ini

Tanda dah berpunya

nora danish

Nora muat naik gambar bersama tempat rapat, Nedim di laman sosial sebagai amaran usah rapati dirinya.

Ada sebab mengapa Nora Danish bersikap terbuka memuat naik gambar mesranya bersama anak seorang menteri, Nedim Nazri Aziz – lelaki yang dikaitkan dengannya sekarang di laman sosial bergambar, Instagram milik pelakon jelita ini.

Bukan sekadar berkongsi saat manis yang dilaluinya bersama peminat, tetapi Nora mengakui tujuannya berbuat demikian supaya orang tahu dia sudah mempunyai seseorang dalam hidup.

“Sebelum ini, Nora sering menjadi mangsa gosip dengan ramai lelaki. Setiap kali Nora berlakon dengan artis lelaki, pasti akan timbul gosip kami bercinta. Dengan Adi Putra, Shaheizy Samlah… Tapi semuanya itu tidak benar.

“Jadi apabila Nora letak gambar bersama Nedim, Nora harap semua orang faham dan tak kaitkan Nora dengan mana-mana lelaki lagi.

“Bagaimanapun, Nora tak suka guna istilah bercinta tetapi lebih selesa mengatakan Nedim adalah teman rapat Nora,” dedah Nora ketika ditemui pada majlis sidang media teater muzikal, Bahayanya Wanita terbitan Frensis Sdn Bhd di Istana Budaya, petang Jumaat lalu.

Hadir sama, Ketua Pengarah IB, Datuk Mohamaed Juhari Shaarani; pengarah teater Bahayanya Wanita, Zamberi Shari (Bombay) serta pelakon yang membintangi teater itu seperti Datin Paduka Umie Aida, Erra Fazira, Zizan Razak dan Johan As’ari.

Ditanya apakah hubungan yang terjalin itu bakal diakhiri dengan ikatan perkahwinan, Nora dalam nada tegas berkata, walaupun rapat, mereka tidak pernah berbincang perkara itu secara serius.

“Lagipun kami sama-sama pernah melalui situasi yang sama (perceraian), jadi Nora rasa tak perlu tergesa-gesa. Biarlah kami berkawan dulu. Jika perkara itu benar-benar berlaku (kahwin), barulah Nora selesa untuk membicarakannya,” terangnya lagi.

-Berita harian

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");