Perak Hari Ini

Tekun Nasional, Agrobank Diminta Kurangkan Karenah Birokrasi

tr p salak

Pihak Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun Nasional) dan Agrobank diminta supaya mengurangkan karenah birokrasi terutamanya berkaitan prosedur pinjaman yang ditawarkan kepada pelanggan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Tajuddin Abdul Rahman, berkata keadaan tersebut mendatangkan kesulitan kepada usahawan kecil ketika mereka berurusan dengan kedua-dua agensi berkenaan.

“Keadaan itu menyulitkan peminjam sekaligus membantutkan hasrat mereka yang kebanyakannya terdiri di kalangan usahawan kecil, petani, penternak dan nelayan untuk mengembangkan perniagaan masing-masing.

“Jadi, kedua-dua agensi ini diminta agar mengkaji semula prosedur pinjaman masing-masing,” katanya di Majlis Perasmian Program Karnival Pertanian dan Keusahawanan Pasir Salak di Kampung Gajah dekat Pasir Salak, malam tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Dr. Baharom Jani; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kampung Gajah, Abdullah Fauzi Ahmad Razali dan Pegawai Daerah Perak Tengah, Roslan Mat Lodin.

Sementara itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak berkata, karnival itu merupakan salah satu daripada program turun padang yang dianjurkan pihak kementerian untuk bertemu secara langsung dengan golongan sasar seperti petani, penternak dan nelayan.

Menurutnya, selain memberi khidmat nasihat serta bimbingan menerusi jabatan dan agensi kerajaan, orang ramai juga boleh menyalurkan sebarang permasalahan berkaitan dengan bidang pertanian untuk diselesaikan.

Sebanyak 21 buah jabatan dan agensi kerajaan serta 50 syarikat swasta mengambil bahagian dengan mempamerkan produk masing-masing sempena karnival tersebut.

Komen & Pendapat
Facebook
Twitter

Terbaru


!function(d,s,id){var js,fjs=d.getElementsByTagName(s)[0],p=/^http:/.test(d.location)?'http':'https';if(!d.getElementById(id)){js=d.createElement(s);js.id=id;js.src=p+"://platform.twitter.com/widgets.js";fjs.parentNode.insertBefore(js,fjs);}}(document,"script","twitter-wjs");